35 thoughts on “Budget/Belanjawan 2012 Reactions

  1. Betul tu belanjawan PM Najib 2012 kali ini lebih dilihat sebagai Pembentangan Belanjawan Kroni , apa yang di maksudkan melayan kerenah penjawat awam seperti Guru ,tentera, dan sebagainya. Ini amat dicemburui oleh orang swasta (mereka yang bukan kerja kerajaan).

    Kita ambil contoh dalam Institut Pengajian Tinggi di mana-mana Universiti di Malaysia sekalipun kursus Kejuruteraan 60% lebih menopoli segala kursus- kursus disediakan . Jumlah siswazah jurutera meningkat dan dihantar kebanyakannya kekilang-kilang. Gaji jurutera kilang permulaan hanya RM2,000 lebih sahaja , kurang dari gaji guru siswazah pendidikan. Sungguh malangnya para-para jurutera ini selepas penat belajar sains, art matematik gaji lebih rendah dari pelajar sastera yang merenung puisi alamnya tersendiri.

    Perlu diingat negara Amerika mengerahkan beribu-ribu juruteranya mencipta roket untuk membawa manusia pertama kebulan pada tahun 1969. ia tidak mengerah siswazah jurusan sastera, pentadbiran, ekonomi,pengurusan,pendidikan dan sebagainya.

    Bayangkan kalau komputer,telefon, pesawat,kenderaan, persenjataan tidak ujud kerana satu masa lalu tidak ada orang minat pada kejuruteraan. hancur dunia ini. Begitulah Malaysia lebih memandang kepentingan golongan pentadbiran (Orang kerajaan) dari kepentingan sains dan teknoloji (golongan orang swasta).

    Di zaman Tun Mahathir sesiapa orang kerajaan yang tidak puas hati bekerja boleh berhenti dan kerja swasta atau berniaga . kerana kerja kerajaan untuk NUSA dan BANGSA .Bukan tempat mengumpul harta macam sekarang.

    Lihatlah PM Najib berkata dalam belanjawan 2012 fasa 108 , seramai 5.3 juta pencarum KWSP mendapat faedah Skim persaraan swasta. di situ pun telah dilihatkan kekuatan orang SWASTA sebenar berbanding dengan 1.27 juta kekuatan kakitangan kerajaan yang ada walaupun campur guru,askar,polis dan sebagainya.

    Kalau jumlah 5.3 juta ini merasai cemburu , iri hati, dengki pada orang kerajaan. Hancur parti BN pada pilhanraya PRU13 . Itu belum termasuk pertani, pesawah,perniaga,peternak, penggangur dan orang kampung , yang juga boleh tergolong orang swasta juga.

    Bukan senang nak dapat kerja kerajaan, kalau tidak ada mak saudara atau kekawan yang rokeman jangan haraplah nak dapat. Kesilapan besar kerajaan BN ialah menaikan gaji orang kerajaan tampa memberi pertolongan serupa pada orang swasta . Akhirnya semua orang cerita keburukan BN ,alasan harga barang naik adalah persembunyian niat sebenar pada kakitangan kerajaan yang mewah.

    Cuba kita tengok kalau satu jawatan kosong kerajaan dibuka , bukan seorang tapi beribu -ribu siswazah datang , malangnya yang nak pakai beberapa kerat sahaja . Akhirnya mereka yang tidak dapat menjadikan parti pembangkang sebagai kuda ketidak puasan hati mereka . Maka lahirlah blog-blog golongan muda di internet.

    Satu masa lalu di zaman Tun Mahathir orang nak kerja kerajaan pun malas, baik kerja kilang , over time banyak walaupun hanya operator kilang biasa . Jadi orang ramai tak merunggut yang merunggut hanya segelintir orang kerajaan . Tapi yang ramai tak merunggut ini yang mengundi BN maksudnya orang swasta masa dulu.

    Memanglah orang kerja kerajaan tulang belakang kerajaan BN di Malaysia sekarang, tapi kalau tidak ada isi otot-otot manakan mahu kerajaan parti BN dapat bergerak . sebab isi otot-otot ( orang kerja swasta) lebih banyak jumlah dari tulang belakang kerajaan.

    Kalau ada wakil parti orang swasta pun sudah boleh kalahkan calon BN kerana apa orang swasta dapat sangat dalam pembelanjaan 2011 ini……..

  2. rezeki masing2 la the boss… ko nk kata semua org keja gomen pakai kabel nk dapat kerja x btl juga.. aku org kg, miskin, anak penoreh getah. dah tu interview msk gomen x kenal sape2 pn rezeki aku dpt juga.. nk pk pasal jawatan @ memilih kerja yg gaji bnyk je mmg x dpt la.. aku msk Universiti juga dulu. tp kerja jd kerani je kat gomen.. gaji RM 820. nk pk lojik mmg xckp la. nk sara ank bini lg, bayar sewa umh, kereta, bli brg keperluan. x ptt ke kerajaan naikan sikit gaji?….. renung2 kanlah dan selamat beramal.. asal pk positif hidup kita tenang. ermmmm

  3. 1. setahu aku gaji permulaan guru siswazah 1900, mksudnya klu gaji jurutera 2000 gaji jurutera lbh besor ler…
    2. ko ingat guru siwazah tu semua nya bekas pelajar sastera ker? ada yg lbh hebat dr ko tau tak….
    3. dh ko tu keje swasta, krjaan nak tolong camner…x kn gaji ko pun krjaan nak bayor…
    4. klu ko nak tau nape ko x dpt keje gomen, aku rs sbb nya dlm diri ko ni ada sifat riak, ko rs ko tu lulusan kejuruteraan jd ko rs hebat sangat… klu d bandingkan dengan juruteknik @ mekanik aku rs lg terrer mrk buat keja dr ko…aku dh sll tgk dh benda nie berlaku….

    5. yang paling aku x puas ht kat ko nie, asal ko dengki sgt dengan guru…. ko ingat guru je ker yg dpt bonus n naik gaji, kakitangan awam yg lain x der ker…. apa ka banggang nyer ko nie…

  4. kepuasan tidak pernah terbatas…berusaha lah untuk jd yang terbaik dari yg baik…rezeki manusi dah ditetapkan oleh allah..yg penting berusaha…nak kerja senang gaji besar susah la…9/10 berniaga jadi berniaga lah kalau nak kaya…kerja kerajaan tak kan kaya..setakat bo senang jer..kadang2 sesak jgk hehehhe…

  5. salam…maaf menyampuk..sebagai jurutera terpelajar..pernah tak terpikir…siapa yang membuatkan ko terpelajar….ooo..mungkin ko hasil dari teori pembelajaran constructivist..tp x kot sebab teori ni baru lagi di aplikasikan di malaysia.. cuba ko masuk sekolah jadi cikgu untuk 7 hari….ko cukup paham kenapa cikgu dimuliakan..

    sebelum lebih jauh..kat sini saya pun nak bangga…10 tahun dulu saya keluar universiti dengan ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik…dengan kelulusan yang bleh dibangga sebagai anak melayu..menamatkan kursus hanya 3 tahun…mengambil ijazah bersama para senior…ditawrkan bekerja tanpa perlu menganggur..kerja sebagai jurutera bermula gaji 2000..6 bulan kenaikan 500..sebab prestasi memberagsangkan..membantu perkembangan operasi kilang….ditawarkan pelbagai komisyen sampingan…sehingga sebulan mampu mencecah 4500..tp kerja saya bukan mcm jurutera sekarang…kemasukan jurutera baru ke kilang membuatkan saya terpikir..adakah ini kesalahan guru kerana hanya melahirkan rakyat pandai berperiksa tapi tidak pandai berfikir dan mentaksir…secara serta merta kerana kecewa saya mencari kerja sebagai pensyarah…..kerana tak ade master saya hanya ditawarkan sebagai pensyarah sambilan..kehadiran pelajar lepasan SPM ke universiti tidak selaras dengan hasrat kerajaan..dipendekkan cerita sehinggalah saya mohon mejadi guru sekolah rendah…selama 4 tahun berkhidmat…bukan salah dasar kerajaan tetapi perlaksanaan yang penuh kekangan…tak rasa tak tau wahai insan bijak…..rezeki saya mungkin sejarah keputusan universiti dan spm yang baik…permohonan menyambung pelajaran ke perinbgkat lebih tinggi ditawarkan dengan hadiah biasiswa dari pihak kerajaan…saya berpeluang bukan kerana saya ada kaki(org dalam) tapi kerana prestasi dan jati diri yang ada membuatkan kenapa saya bersama kerajaan…
    dasara kerajaan tidak salah dalam membentuk modal insan..tetpi perlaksaan penuh kekangan yang dihadapi ini jadi ia kuarang direalitika.. apa cikgu2 dapat hanya penawar kami dalam menjadikan pempinpin akan datang tidak hanya dari insan2 biasa…cuba renungkan di manakan anda sebelum

  6. Saya amat bersetuju dengan belanjawan 2012.. tetapi terfikir pula pesara yang mendapat pencen yang kurang dari RM500.00 yang tinggal dipedalaman yang perlu membiaya kehidupan yang daif. Saya cadangkan pembayaran miniman pencen Rm500.00 sebulan bagi menampung kehidupan mereka yang daif ini.

  7. kje kilang ke keje kerajaan ke semua sama xde yang beza ye klu barang naik semua kne kuar duit yang sama..jdi klu nk jdi org yang berjaya jgn ada sifat iri hati,cemburu. baik kte berusaha bersungguh-sungguh. mmg patutla gaji guru naik dia org dh berkorban untk mendidik kte menjadi org yang bijak pandai so jgn pertikaikan kejaan bagi bonus pada penjawat awam.

  8. Budget yg paling teruk dalam sejarah…pentingkan pekerje sektor awam saje…….macam itu masa undi cari la kakitangan awam 1.3 juta orang ….. kita orang swasta 5.5 juta orang undi pembangkang….

  9. syukur ingat juga pm pada pjawat awam. setelah beri banyak manafaat kpd para peneroka, nelayan, usahawan. inilah yg dikatakan rakyat di dahulukan… semoga bn akan sentiasa menerajui negara kita. dan mengharap pembakang menegur apa yang betul-betul tak betul.

  10. kalau setakat bonus setgh bln ..apa nya bro..swasta sampai 3-10 bln….dapat beli keta terus….kalau gaji tak naik pon..barang ttp naik….BN -barang naik

  11. korang ni mula lah nak becakaran sesama sendiri gaji naik ker turun ker, jangan la dok pikir , skrg ni kita kena pikir mcm ner nk mgatasi masaalah yang merosakkan nama negara kita sekarang nie. ni tidak heboh dengan gaji jer … sedekah la duit tue, duit banyak pon bukan leh beli liang lahad.

    ubah la ooo ubah la umat2 seagama ku kita bina islam yg teguh bukan kita saje tapi semua tiada pergaduhan antara kita. sesiapa sja berhak mndapat kelebihan bukan kah itu ciptaan tuhan dan rezeki e2 dari dia kenapa tak salah kan maha pencipta , haaaa taw plak takut jadi elok la kita redha kan jer kalu u all belajar pandai pon tak bawa kemaner pon biler dah menninggal nnti bukan soalan tu yg ditanye fikir2kan la

    wassalam

    hamba allahs.w.t

  12. 1.Pasal badjet smlmm sy sokong 100% sebab semua kaum terbela

    sekolah

    individu

    nelayan

    dan mcm2 lagi bagus bsgu n bsgus

    terimakasih kepada PM kita…

    bersyukur kehadrat ALLAS.W.T

    kerana mmberi rezeki ini

    walaupon bonus stgh bulan x mengapa jika bonus 2 bulan nnati rakyat jadi berbelanja berlebih2 plak

    baik stgh bulan boleh control belanja

    hidup bn, hidup umno

    hidup semu

    gaji ahli perlimen pon naik bagus bagus sy sokong

    janji naik

  13. JANGAN LA KITA MEMBUAT ANDAIN LAIN TENTANG BEDJET 2012 E2 KERANA ORG KERAJAAN @ NON KERAJAAN SAME CUME KELEBIHAN KEPADA ORG KERAJAAN KERANA SETIAP MASA DIPANTAU OLEH KERAJAAN BAGI SEKTOR NON KERAJAAN MEREKA DIPANTAU OLEH SYRIKAT MEREKA SENDIRI.. JADI ANDA DAH PANDAI FIKIR2 LAH SENDIRI,CONTOH JIKA SAYA BERKERJA DI SYARIKAT PERKAPALAN , MANE MEGKIN KERAJAAN NAK BAGI BONUS , MESTI LA MAJIKAN KITA YANG BAGI SBB IA KONTARK ANTARA ANDA DAN MAJIKAN…. JADI JANGAN LA BEBALAH, GAJI NON KERAJAAN LAGI TINGGI @ rendah e2 TEPULANG KEPADA MAJIKAN BUKAN KERAJAAN ADOIIII AIII FIKIR2 LA OOIIII

  14. KORANG NK UNDI SESAPE TERPULANG E2 KAN HAK INDIVIDU E2 SENDIRI…….. AWOK DH BESOR BULEH PIKIR SENDIRI X KAN DEMA KERJE KAT KILANG PON KERAJAAN NK BGI BONUS MAKIN KAYA LA MAJIKAN KAMU BAIK KAMU KEJE GUARD JEW BANYAK SONGEH LA DEMA NI

    NK JD PM LA TAIK

  15. 1 MALAYSIA , TABIK PM KITA

    ORG YANG TAK PUAS HATI

    BANYAK2KAN BERDOA MINTA REZEKI DARI ALLAHS.W.T

    BUKAN MENGUTUK , FITNAH @ MEMBURUKKAN ORG

    NANTI DILAKNATI PLAK SUSAH

    COWWWWWWWWWWWWWW

  16. BUDGET MEMANG CANTIK, TAPI NANTI BANYAK SELEWENG. SEBAB ITU KITA PERLU PEMBANGKANG YANG KUAT, SEPERTI NEGARA MAJU. MALAYSIA RASUAH SUDA MENJADI SATU BUDAYA.

  17. ape nih..!!!!

    jurutera….dokter…cikgu…perdana menteri..org malas…org bodoh…org kaya…org miskin…same je…hanya di dunia…anda ingat….semua nih terserah pada diri….cikgu,,aku tabit la coz meraka yang membentuk org2di atas nih…penjawat awam aku tabit jugak tak kira dari pangkat n1 atau n 1000000 pon….mereka melindung negara dari di jajah!!faham la anda semua…saye perlu anda,anda perlu saye!!!

  18. semua kena bersyukur baik kakitangan kerajaan @ swasta

    sebab kerajaan masih lagi berupaya menyuntik kehendak

    rakyat. bila kerajaan naikkan gaji kekitanganya pihak

    swasta pun akan berusaha memikirkan kenaikan bagi pekerjanya, yang bekerja sendiri pun akan lebih berusaha untuk menambahkan pendapatannya.kalo jadi macam Samolia, macam mana @ negara maju yang tak dapat

    nak menampung gaji pekerjanya.Doakan semoga tahun depan di tambah lagi. InsyaALLAH

  19. aku sokong ko "wakil 5.3juta org swasta" . nampak sangat belanjawan ni tak membantu secara menyeluruh.

    37-40% kenaikan gaji sektor awam bg aku sangat tinggi bila di ukur dengan kualiti service yg mcm SIAL.

    Kerna bagi aku untuk menampung kenaikan 37-40% adalah daripada duit rakyat. Harap2 geng gomen ada improvement dari segi quality.

  20. BAGUS JUGAK BUDGET NI TAPI KENAPA ASYIK GURU JE DAPAT PERUNTUKAN KHAS SETIAP TAHUN , HARI GURU DAPAT LAGI , BUDGET DAPAT LAGI , MEMANGLA MENDIDIK ANAK BANGSA TAPI YANG KERJA KERAJAAN DI BAHAGIAN LAIN TIDAK MENYUMBANG JASA KE ? BOLEH KE GURU BUAT SEMUA KERJA? JADI KERAJAAN KENA BERSIKAP ADIL JUGAK LA.. SETIAP TAHUN GURU JE DAPAT SPECIAL.CAKAP TAKDA BUDGET.. TAPI UNTUK GURU ADA PLAK??? TENGOK-TENGOK LA KAMI DI AGENSI LAIN INI.. PILIHANRAYA NANTI PUN, BARISAN NASIONAL TAK BOLEH MENANG HANYA DENGAN UNDI GURU.. PM PLEASE TAKE NOTE..

  21. Salam 1 Malaysia….

    Bajet 2012 ni keseluruhan nye..boleh lah tahan……

    Pada pendapat saya,Di Negara kita ni,(Malaysia) mesti ada pembakang yang kuat untuk membangkang apa yang betul.Kalau tidak hancur lah kita,dok mengikut aje apa yang kerajaan aturkan dengan sesuka hati mereka….

  22. saya bukan nak menyampok dan bukan nak mengapi2 kan cuma di ingat kan berlaku adil la sesama kita… yang di pimpin dan yang memimpin berlaku adil la untuk semua rakyat dan pembangunan….dunia ini sementara, so berfikiran adil sebelum Allah menggambil semua apa yang miliknya…tak kira lah gaji sesiapa naik… tapi bagi saya mestilah adil dan sksama, harga barang naik bagaimana dengan insan yang bergaji cipot… satu pekataan sahaja ADIL. tak kira swasta atau kerajaan kita tetap rakyat malaysia… bantulah rakyat malaysia… siapa lagi akan bantu kita kalao bukan kita….

  23. rumah belum siap pasti pahat terus berbuny..itu hanya..perangkaan perbelanjaan (budget) belum tentu di laksanakan….mungkin ada baik dan buruknya tiap yang berlaku..kerana kita ni INSAN..- lemah…kerana yakin laa tiap yang baik semua ALLAH yang beri…tiap yang baik..kurang memuaskan kan itu semua dari diri kita sendiri…swasta ke kerajaan ke semua hanya pekerja…kalau kita tak puas hati cuba kita buka perniagaan sendiri.semua kita urus..saya pasti anda akan jadi salah seorang pengurus yang paling kejam..kerana bila anak buah/pekerja minta naik gaji..awak akan jawab – ingat syarikat mak bapak ko ke nak naik gaji sesuka hati……..ini masa kita..esok lusa sapa tau nasib kita..

  24. Kalau nak banding gaji orang kerajaan dengan gaji swasta.. rata2 gaji swasta lagi tinggi kan… bagi org gomen ni dah name pun orang gomen(kerajaan), majikan nya kerajaan lah… org keje ngan kilang2 atau syarikat2 besar tanyalah u punyer majikan… bonus org swasta penah ke korang dapat setengah bulan gaji jer n penah x, x dapt langsng? kalu u engineer, u mesti seorg yg bijak. so fikirlah gaji engineer korang jauh beze ngan gaji cikgu ni tau(bukan ijazah)..so apa salah pm bg pnghargaan skit kat org gomen gaji ciput nih??? untuk org kg, nelayan dan berpendapatan rendah…kerajaan dah tolong banyak ape? Bro, jangan banding ngan neg AMERIKA… cube banding Indonesia, Thailand, Myanmar atau negara2 Asia yang miskin, ade ke kerajaan diorg bg mcm2.. Rakyat Malaysia janganlah nak harapkan kerajaan jer.. JANGAN TANYA APA KERAJAAN BUAT UNTUK KITA, TANYA APA KITA BUAT UNTUK NEGARA DULU… untk adik2 atau anak2 yg bersekolah… pun dpt bahagian.. nak apa lagi? saya pun berniaga jer… bukan dok bawah kerajaan tp bolehlah pk skit… KALAU SEMUA HARAP KERAJAAN BANTU>>>KERAJAAN BG SUBSIDI.. Haiya..manyak susah woo.. nanti kerajaan x de duit salahkan PM jugak…joli lah apelah…konklusinya, bersyukur dengan apa yang ada… kerajaan dalam keluarga pun susah kita nak puaskan hati semua anak, bayang PM seorang perdana menteri…berat wo nak jaga negara..nak jaga hati rakyat…

  25. Alhamdulillah, aku x dapat bapak n adik2 aku dapat. aku bersyukur lah. Terima kasih PM dan negaraku Malaysia. Yang lain tunggu turn.. tunggu turn… TERIMA KASIH MALAYSIA! AKU BANGGA LAHIR DI MALAYSIA BUKAN DI INDONESIA< THAILAND ATAU SOMALIA…ALHAMDULILLAH.

  26. jANGAN LAH KERANA GAJI, SWASTA LAH KERAJAAN LAH..NAK BEBALAH..NAK UNDI PEMBANGKANG KONON NEGARA JADI MCM THAILAND KE INDONESIA KER BARU PADAN MUKE… JADI MCM SINGAPURA, KORANG NAK BERIBADAT PON SUSAH.. APER KER BODOH KORG NI, BERSYUKR LAH. JGAN IKUT RASA HATI NAK CARIK SALAH KERAJAAN JER..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>